Wednesday, October 22, 2008

TeKaNaN meRagUt keWaraSaN.... aKu BunTu...

There are too many pressure around us nowadays... Students, parents, workers, everyone facing pressure around them. The problem here is how we facing that pressure...

Frankly speaking, I am facing very big pressure in my life right now... Too many should i done... too much pressure... and i think, i have done something stupid and show everybody who i am... I don't know why i'm very stressed out... ARRGGGHHH....!!!

Im tired of all this thing that messed up my life lately... Very very tired... I want a long2 sleep, i want to forget everything and start everything back from the beginning... Luckily God give me 3rd chance to start this thing all over again, but this time, in a very different field... Nover mind, i don't care... I want to get out from this place, this situation, this problem...

Now i believe, if we get something bad from God, He will send something good back to us.. It depend on us, and now it depend on me, i admit that im so tense with all this problem, im so tired and i want to make a new move, with a new chance given by HIM... Thank God..

But all the memories, i can't get rid of them just like that... I gonna miss this place a lot... The place, the people, my friends, my sporting fellow... Gonna miss u all....

Tuesday, October 21, 2008

MinYak NaiK... PeNgguNa JaDi ManGsa...!!

Sejak berakhirnya pilihanraya umum Mac lalu, polemik harga minyak negara menjadi isu yang sering dijadikan turning point baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam menarik dan memancing pengikut-pengikut parti masing-masing sehingga diadakan perdebatan 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak' di antara Datuk Ahmad Shabery Chek dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya penggunaan minyak dalam kehidupan masyarakat di Malaysia terutamanya yang memiliki kenderaan bermotor. Namun apabila kerajaan terpaksa memungkiri janji dengan menaikkan harga minyak di pasaran dalam negara Jun lalu, rakyat semakin tertekan dengan situasi ekonomi semasa. Harga minyak yang meningkat hampir 40% menyebabkan timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.
Alhamdulillah, dalam masa lima bulan selepas peningkatan harga mintak global yang memberi impak pada ekonomi negara, masalah tersebut mulai berkurang hingga 15 Oktober lalu, harga minyak negara telah menurun hingga 15%. Tetapi pengguna masih tertekan dengan situasi ini... Mengapa???
Pengguna sangat tertekan kerana kenaikan harga minyak memberi implikasi kepada harga barangan. Kebanyakan harga barangan terutamanya barangan harian melambung mendadak. Ini memberi kesan dari segi ekonomi dan secara tidak langsung memberi tekanan emosi kepada pengguna. Apakah alasan peniaga???
Apabila harga barangan meningkat, kos penghantaran barangan juga turut meningkat, ini hakikatnya. Tetapi dibelakangnya, tanpa kita sedari, peniaga-peniaga kebanyakannya ( tidak semua ) mengambil keuntungan atas angin dengan terus menaikkan harga barangan sebaik sahaja harga minyak dinaikkan Jun lalu. Pengguna juga kebanyakannya tanpa berfikir panjang dan menerima alasan licik peniaga terus mengeluarkan wang.
Apabila diteliti dan dikaji, peniaga-peniaga sebenarnya masih mempunyai stok barangan yang dibeli pada ketika harga minyak masih murah, apabila harga minyak meningkat, peniaga turut menaikkan harga barangan yang dibeli pada harga minyak murah, dan membuat kenyataan harga minyak naik.. Pengguna banyak tertipu dengan penipuan licik peniaga yang mengambil untung atas angin. Tetapi kebanyakannya tidak sedar dengan situasi tersebut.
Peniaga dengan rakus mengambil kesempatan kenaikan harga minyak, dan apabila stok baru diperoleh dengan harga minyak yang mahal, peniaga menaikkan sedikit lagi harga barangan dengan alasan krisis minyak global. PENGGUNA TERUS TERTIPU, TERTEKAN DAN HAK DINAFIKAN...!!!
Apabila harga minyak global mulai menurun, dan harga minyak di pasaran tempatan juga mulai decrease, peniaga-peniaga terpaksa mengekalkan harga barangan yang mahal kerana stok yang ada dibeli ketika harga minyak mahal. Jika harga barang diturunkan serentak dengan harga minyak, peniaga akan mengalami kerugian besar terutamanya yang membeli stok dengan kuantiti yang banyak. Untuk mendapat keuntungan, peniaga terpaksa menjual dengan harga tinggi.. SEKALI LAGI, PENGGUNA MENJADI MANGSA....!!!
Isu minyak sememangnya satu polemik dalaman yang tiada kesudahan.. Mungkin kesudahannya bila sudah kering minyak mentah di dasar laut tu...?? Tiada siapa yang tau... Seharusnya, kerajaan terutamanya KPDNHEP perlu sentiasa mengawasi tindak tanduk peniaga agar hak pengguna tidak dinafikan dan diinjak-injak sewenangnya oleh peniaga yang rakus mencari keuntungan tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Kita tidak nafikan semua peniaga mahu keuntungan, tetapi sebolehnya janganlah mencari keuntungan atas angin dengan menindas pengguna yang sememangnya dalam kesempitan.. Kepada sesiapa yang terasa dengan blog ini, sendiri mau ingat la... Sape makan kari, rasa kari la kan... K adiozz....