Sunday, September 14, 2008

iHya yA raMaDhan

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 13 hari umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa ( tu pun kalau puasa la... hehehe.. ). Uniknya ramadhan kali ni bagi aku banyak sangat yang aku rasa, yang sebelum ni aku tak dapat, nak aku share ngan korang...

Sama ada korang sedar atau tak, bulan ramadhan ni adalah bulan ke sembilan dalam kalender Hijrah. Bagaikan kebetulan Ramadhan kali ni jatuh pada tanggal 1 September, bulan ke sembilan dalam kalender Masihi.. Bukan selalu jadi kebetulan yang betul-betul betul... hehehe... Apa-apa pun, jangan la mengharap pada kebetulan, tapi harap pada keistimewaan Ramadhan itu sendiri yang takde pada bulan-bulan lain.

Kalau ikut kalender Masihi, aku ni lahir 11april 89, tapi kalau ikut kalender Hijrah, aku lahir 4 Ramadhan 1409 Hijrah. So beberapa hari lalu, umur aku dah 20 tahun kalau ikut kalender Hijrah.. Dah tua aku ni ye..

Tu salah satu yang aku happy tentang Ramadhan tahun ni. Selain dari itu, aku tahun ni dapat berpuasa dengan keluarga dan rakan-rakan baru kat kolej. Alhamdulillah, classmate aku dah bagaikan 1 famili besar, kumpul sama-sama, berbuka, sahur sama-sama. Pengalaman yang sangat indah bagi aku Ramadhan ni.

Tapi dalam kemeriahan Ramadhan, ada juga yang sedih. Datuk saudara aku da kembali ke rahmatullah, 9 september lalu lepas buka puasa. Ada lagi la member ayah aku yang meninggal dunia bulan ni. Harapan aku agar roh diorang ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

Tu je la sedikit coretan aku buat Ramadhan yang berbaki 17 hari lagi. Sekejap sangat masa berlalu, entah diterima ke tak puasa kita, entah ada lagi ke tak kesempatan bertemu Ramadhan akan datang...

Buat yang turut kehilangan sape2, aku ucapkan takziah. Sama-sama la doakan diorang. Jangan boros sangat berbelanja, orang yang boros sahabat syaitan... Syaitan da kene kurung pun manusia still buat jahat. Bunuh sana, rompak sini, seludup situ.. Eh, cam lagu Datuk Siti plak.. :)

Ape-ape pun, harap kita terus diberi kekuatan untuk meneruskan Ramadhan ni sampai beroleh kemenangan, insyaallah.. Masa kita makin suntuk, adakah amalan kita terutamanya dalam bulan penuh barakah ini dah cukup...??

Renung-renungkan dan selamat beramal.... :)

1 comment:

aNiF - ePiLoG sEoRaNg aKu - said...
This comment has been removed by the author.