Saturday, September 13, 2008

kEraNa PuLuT saNtaN biNaSa

Sebelum anda belayar lebih jauh, ingin saya ingatkan yang blog ini takde kene mengena ngan yang hidup atau yang dah mati. Sekadar humble opinion seorang rakyat yang memerhati.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Bidalan orang-orang lama yang nak bagitau kita kalau mulut tu lancang, nanti tanggung le akibatnya.

Gempar seketika warga Malaysia terutamanya media cetak termasuk la pak-pak menteri dek kerana statement berani mati Orang No. 1 Selangor awal bulan lalu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang. Seorang pemimpin sanggup buat statement camtu, padahal waktu pilihanraya, mulut manis lebih pada gula. Tapi sekarang, bila rakyat susah, jangan kata nak pegi jenguk, belum jenguk dah buat statement macam tu. Rakyat dah susah, dengar statement camtu, kecik hati diorang, dah la baru mula puasa. Memang Tan Sri dah takde ciri humanis. Kalau ye pun taknak turun padang, jangan la buat statement camtu, cari la alasan yang sedap didengar. Ni tak, bikin panas je… Adakah Tan Sri nak gelaran baru? MB Statement Panas.





*Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Dulu pun penah kecoh apabila Tan Sri buat kenyataan nak buka kuota UiTM pada bukan Melayu. Habis kecoh UiTM, sampai student pun tunjuk perasaan. Memang panas belaka statement yang keluar dari mulut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berbalik pada isu taknak turun padang, kenapa beliau boleh meninggalkan ofis beliau di Selangor dan turun berkempen untuk pilihanraya kecik Permatang Pauh yang takde sangkut paut dengan Selangor. Kita faham situasi parti yang bertanding, tapi Tan Sri, bagi la priroriti pada rakyat negeri sendiri dulu. Jangan kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Rakyat dah beri mandat, beri kepercayaan, jangan la khianati mereka. Kalau rasa dah tak mampu nak mewakili rakyat, letak je jawatan, banyak lagi yang layak. Kita sedia maklum Selangor sebelum ni ditadbir oleh kerajaan, apabila rakyat dah undi pembangkang, mereka nakkan pembaharuan, tapi kepimpinan tertinggi pun sekarang da mula tunjuk belang, da mula pecah tembelang, mana tempat rakyat nak mengadu.. Frankly bukan nak menyalahkan beliau 100% jauh sekali nak menghentam, Cuma nak mengingatkan kita sesama Islam, beware dengan setiap perlakuan kita terutamanya apabila dah jadi public figure dan orang penting dalam masyarakat. Tunjukkan attitude yang bersih, tanggungjawab rakyat ditangan anda…

Itu baru satu kes, kes yang hot gak lately mengenai Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang diminta memohon maaf secara terbuka kerana ucapannya pada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyentuh isu-isu perkauman dan memecahbelahkan perpaduan. Bagi beliau, isu tersebut hanya fakta sejarah, tetapi bagi Koh Tsu Koon yang dikaitkan secara peribadi dalam kes ini, ucapan tersebut seolah-olah menjatuhkan martabat kaum Cina di Malaysia. Ramai yang menyokong supaya beliau memohon maaf, ada pula yang ‘keras’ mempertahankan Ahmad Ismail. Keputusan dibuat oleh MT UMNO dan Datuk Ahmad Ismail telah digantung keahliannya daripada UMNO selama 3 tahun. In my opinion la kan, agak keterlaluan hukuman tersebut. Frankly speaking, a friend of mine ada banyak la gak koleksi ceramah-ceramah, kebanyakkannya dari pihak pembangkang yang sedikit sebanyak menyentuh isu ini secara halus, tapi tiada tindakan pun sebab yang mendengar pun orang Melayu, tapi dalam kes ni, semua orang tau. Mungkin hukuman tu yang terbaik bagi MT untuk menjaga keharmonian kaum. Ape-ape aje la. Cuma bagi saya, macam keterlaluan hukuman tu dan dalam keadaan kita yang sambut merdeka dengan tema “Perpaduan Teras Kejayaan”. Memang jelas terbukti, kerana perkauman, musnah perpaduan. Walaupun dah merdeka 51 tahun, perpaduan antara kaum hanya wujud dalam suasana tenang, tapi bila tegang, sentiment perkauman wujud balik. Sampai paksa-paksa minta maaf semua. Tapi mantan PM kita, Tun turut mempersoalkan kenapa perlu minta maaf? Banyak la isu-isu yang Tun bincangkan, cam kes Hindraf, kes Wee Meng Chee yang mempersendakan lagu negaraku dan agama Islam tapi diorg tak diminta mohon maaf, pemimpin diorg pun tak diminta memohon maaf. Adilkah hanya kita memohon maaf apabila buka mulut tapi yang lain tak kisah sewenangnya melekehkan kita… Tu kata Tun, nak tau lebih lanjut, baca blog Tun.



*Ahmad Ismail digantung keahlian. * Tun persoal?
Satu lagi story adalah mengenai Penasihat PKR, yang sebelum ini kuat mencanangkan untuk menurunkan harga minyak dan nak membentuk kerajaan pada 16 September, jadi PM dan banyak lagi la janji-janji yang ditaburkan. Tapi masa tengok berita semalam, ada keluar statement yang tarikh 16 September mungkin akan dilewatkan due to masalah-masalah yang timbul. Memang jelas sangat la yang Dato’ Seri Anwar macam gila kuasa. Sorry kalau terbiadap, tapi memang jelasnya nampak begitu sehingga sanggup menjatuhkan negara sendiri di Amerika Syarikat. Kita sendiri pun dapat lihat bagaimana AS backing beliau dalam kes liwat, AS nak campur tangan gak, padahal bukan negara dia pun. Ramai gak la orang yang cakap beliau disupport AS. Kebenarannya?? Wallahualam. Cuma pada pandangan saya, kalau benar beliau mampu membawa perubahan pada negara, buktikan dulu. Rakyat dah bagi mandat untuk pembangkang tadbir 5 negeri. Kalau benar bagai dikata, majukan dulu 5 negeri yang ada, buktikan pada rakyat yang anda benar-benar boleh. Jangan hanya tanam tebu di bibir. Tadbir dulu yang kecil sampai berjaya, buktikan pada rakyat, dan kalau dah berjaya, rakyat sendiri akan beri mandat, tak payah nak heboh sana sini nak bentuk kerajaan, lepas tu nak tunda tarikh.. Belakang sape yang malu, mereka dan keluarga mereka… Hehehe…


* Anwar tak sabar teraju Malaysia

Okey la, ni sume hanya luahan hati saya yang memerhati. Tidak berniat menghentam, memalu, atau menjatuhkan sesape. Cuma nak mengingatkan orang yang berkenaan dan diri sendiri, jaga mulut, jaga tingkah, andai tersalah, buruk padah. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak tingkah mengundang padah. Sekian..

p/s : Fakta blog ini berdasarkan bacaan akhbar dan media elektronik. Sebarang kesilapan fakta minta diperbetulkan. Selamat Hari Raya… :)

No comments: